Thursday, December 29, 2011

SESSI PERSEKOLAHAN 2012 AKAN BERMULA PADA 4 JANUARI 2012.SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011.Kepada kanak-kanak yang akan menjejakkan kaki ke kelas TBK Perpaduan Taman Tun Teja A Cikgu Intan dan Cikgu Fauziah mengucapkan 'Selamat Datang' dan kelas akan beroperasi seperti biasa dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Terima kasih kepada semua Pengerusi JPTP dan juga ibubapa yang telah memberikan komitmen yang tinggi kepada TBK sepanjang tahun 2011.
MAJLIS HARI GRADUAN DAN TABIKARAMA DAERAH GOMBAK 2011 Telah berlangsung pada 13 November di UIA Gombak. TBK Perpaduan Taman Tun Teja A telah mengambil bahagian dalam Tarian Bollywood.


Monday, September 26, 2011

Sunday, September 25, 2011

PROGRAM MERDEKARAYA ANJURAN JPNIN DAN KRT GOMBAK TELAH DIADAKAN PADA 25 SEPTEMBER 2011. Majlis telah berlangsung di KTP Taman Bersatu B, Majlis telah diserikan dengan Peraduan Mewarna, Membina Blok dan Puzzle oleh Kanak-kanak Tabika Perpaduan, manakala bagi remaja pula Permaianan Congkak dan untuk ibu-ibu pula Pertandingan Memasak seperti rendang, kueh tradisional dan juga kek..











SAMBUTAN HARI RAYA, HARI MERDEKA DAN HARI LAHIR KANAK-KANAK TELAH DIADAKAN PADA 22 SEPTEMBER 2011. Pada bulan ini hari lahir kanak-kanak disambut serentak bagi bulan Ogos dan September. Berbagai juadah telah disediakan dan ibu-ibu juga telah menyumbangkan juadah seperi bihun goreng, mi goreng, nasi impit dan rendang.Bagi pihak Tabika Perpaduan Taman Tun Teja A merakamkan jutaan terima kasih diatas sumbangan tersebut.PPP Daerah Gombak Puan Juliana Edrianty dan Puan Norzaliza turut sama meraikan majlis tersebut..

Saturday, July 30, 2011

MAJLIS BACAAN YASIN SERTA CERAMAH AGAMA SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK TELAH DIADAKAN PADA 29 JULAI 2011 DI KTP PUNCAK TAMAN SRI GOMBAK.

HARI BERTEMU PELANGGAN.

PENERANGAN MENGENAI KEBAIKAN SUSU YAKULT.

Monday, July 25, 2011

LAPURAN KAWAD KECEMASAN.KELIHATAN KANAK-KANAK BERLARI MENUJU KE PINTU UNTUK MENYELAMATKAN DIRI, GURU MEMASTIKAN TIADA KANAK-KANAK YANG TERTINGGAL DIDALAM KELAS, MANAKALA PENOLONG GURU MEMASTIKAN TONG GAS DIKELUARKAN SEGERA DARI DALAM KELAS.





TEKUNNYA ADIK-ADIK SEDANG MEMBUAT KOLAJ YANG DIHASILKAN DARI KACANG HIJAU DAN KERTAS PEMBALUT HADIAH.





Monday, July 18, 2011

CAPAN MENGGUNAKAN SAYUR-SAYURAN SEPERTI BENDI,KENTANG, LOBAK DAN BAWANG.CANTIKKAN HASIL KREATIVITI ADIK-ADIK.











NAH...POKOK TELAH PUN MEMBESAR DAN NAMPAK TAK,IA KELIHATAN CONDONG KEARAH CAHAYA MATAHARI DISEBALIK TINGKAP ITU..

LIHAT ADIK-ADIK..PADA MINGGU PERTAMA POKOK KITA TELAH MEMBESAR.





PADA HARI PERTAMA BIJI BENIH TELAH PECAH DAN MULA BERTUNAS.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH BIJI KACANG HIJAU, KAPAS DAN KELONGSONG TELUR.SELALULAH SIRAM DENGAN AIR YA ADIK! SEMUA POKOK MEMERLUKAN AIR DAN CAHAYA MATAHARI. MARI KITA LIHAT APA YANG AKAN TERJADI DENGAN POKOK KITA..

PROJEK TANAMAN KACANG HIJAU DALAM KELONGSONG TELOR.

Saturday, July 2, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK BULAN JUN telah diadakan pada 28 Jun 2011.Seramai 3 orang kanak-kanak telah menyambut hari lahir pada bulan ini, iaitu Muhammad Amirul Hafiz, Nur Husnina dan Fatin Nur Syafiqah.Selama Hari Lahir Sayang! semoga cepat besar,cepat pandai baca dan rajin-rajin belajar tau!!..
GEMBIRA BERSAMA MEDAL MASING-MASING.
SUKANEKA DAERAH GOMBAK telah diadakan pada 26 Jun 2011 di Sekolah Integrasi Sungai Pusu, Gombak.











MINGGU PERPADUAN JPNIN Selangor telah diadakan pada 19 Jun 2011 bertempat di Padang Taman Medan Daerah Petaling Jaya. Kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah mengambil bahagian dalam Perlawanan Bola Jaring dan juga Futsal manakala seramai 15 orang Guru dan Penolong Guru telah bertanding dalam Tarian Senam Seni 1 Malaysia.Acara lain adalah seperti perlawanan Tarik Tali, pertandingan Karaoke dan juga pertandingan masakan Nasi Goreng 1 Malaysia.Jiran Wanita KRT Taman Tun Teja juga turut mengambil bahagian.Kami pihak Tabika Tun Teja merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu-ibu yang telah dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program kali ini.

SESI PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN telah bermula pada 1 Jun hingga 31 Oktober 2011. Pendaftaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari setiap hari Isnin hingga Jumaat.Pendaftaran dibuka kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Silalah Mendaftar, berbagai aktiviti akan dijalankan mengikut Takwim yang telah ditetapkan olah JPNIN setiap tahun.





GALERI FOTO