Monday, November 29, 2010

Program Motivasi Bersama Biro Tata Negara.Program Motivasi Bersama Biro Tata Negara ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 12 November hingga 14 November 2010. Program Notivasi yang sangat menarik dan mencabar anjuran bersama JPNIN Daerah Gombak dan Biro Tata Negara Negeri Selangor telah diadakan di Kem Bina Negara Meru, Kelang.Berbagai aktiviti dijalankan seperti aktiviti Kembara Rukun Negara (RN) yang dapat membuka minda peserta terutama dikalangan Guru dan Penolong Guru serta Ahli KRT betapa pentingnya prinsip Rukun Negara dipatuhi. Ceramah yang disampaikan oleh Ketua Fasilitator Encik Aizal Bin Baharuddin telah membuka tirai program tersebut.Seramai 86 peserta telah mengambil bahagian iaitu dikalangan Ahli KRT Daerah Gombak, Penolong Pegawai Perpaduan, Guru dan Penolong Guru serta masyarakat setempat.


Jamuan Hari Deepavali Dan Jalinan Mesra 2010.
Jamuan Hari Perpisahan Sesi Persekolahan Bagi Tahun 2010 dan Majlis Hari Deepavali telah diadakan di perkarangan Tabika Perpaduan Taman Tun Teja A pada 11 November yang lalu. Sempena dangan majlis itu kanak-kanak telah diberi sumbangan duit raya Deepavali sebanyak RM 5.00 setiap seorang.Jemputan dikalangan ibubapa yang hadir juga amat memberansangkan.Pihak Tabika mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa dan AJK yang telah memberi kerjasama,sumbangan dan juga telah memberi komitmen yang baik sepanjang ssi persekolahan pada tahun ini.


Thursday, November 4, 2010

Program Hari Intergrasi Murid 1 Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2010 telah diadakan pada 2 November 2010, jam 8.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Rawang (SK Rawang), Rawang,Selangor.Tabika Perpaduan Taman Tun Teja A dan B telah mengambil bahagian dalam persembahan tarian 1 Malaysia.Program tersebut telah di rasmikan oleh Dato' T Murugiah, Menteri di Jabatan perdana Menteri.





Selepas Majlis Penyampaian watikah, kakitangan JPNIN Gombak telah bersama-sama menghadiri majlis perkahwinan Cikgu Siti Khursiah,guru KTP Wira Damai yang telah berlangsung di Bandar Utama, Batang Kali.
Majlis Jamuan Perpaduan dan Penyampaian Sijil Watikah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Daerah Gombak 2010-2011, Anjuran JPNIN Daerah Gombak telah diadakan pada 31 Oktober 2010 jam 8.00 pagi di Dewan MPS Taman Kancing Jaya, Rawang.Majlis telah dirasmikan oleh Encik Pital, wakil dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Selangor.
Hari Bertemu Pelanggan di Tabika Perpaduan Taman Tun Teja A.Gambar menunjukkan seorang ibu yang mengambil kesempatan untuk membayar yuran pada hari tersebut.
Hari Bertemu Pelanggan Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah diadakan disetiap Tabika Perpaduan Daerah Gombak pada 30 Oktober 2010, jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pada hari tersebut ibubapa diberi penerangan mengenai prestasi anak-anak disamping menjalin hubungan silaturrahim dan perpaduan yang lebih erat diantara ibubapa dan guru. Pada hari itu juga kad laporan kemajuan murid telah diberikan kepada ibubapa masing-masing.


Wednesday, October 27, 2010

Persembahan kanak-kanak " Gigi Ku Sihat " sempena Hari Graduan dan Tabikarama.

Tuesday, October 26, 2010

Majlis Hari Graduan dan Tabikarama Tabika Perpaduan Daerah Gombak yang telah diadakan pada 24 Oktober, bertempat di Auditorium Hospital Sungai Buluh. Bersama Pengerusi Tbk, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, Guru-guru dan Penolong Guru serta wakil murid yang berumur 5 tahun.Gambar terakhir merupakan kanak-kanak TBK Perpaduan Tun Teja A yang cemerlang iaitu adik Mohd.Shahrol Roszaimi, adik Alya Athirah dan adik Syaqirah.





HURRAY!!! DAPAT DUIT RAYA!!
Sambutan Hari Lahir kanak-kanak bulan Oktober dan Sambutan Hari Raya telah diadakan pada 12 Oktober 2010.Sempena majlis ini juga pihak tabika telah memberi duit raya sebanyak RM5.00 kepada setiap kanak-kanak.
Sambutan Hari Lahir kanak-kanak bulan September yang telah diadakan pada
21 hb.September 2010.

Friday, July 30, 2010

Lawatan Sambil Belajar (29 Jun 2010)
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang skop pekerjaan yang terdapat di dalam negara.
Kanak-kanak telah dibawa melawat ke Muzium TUDM Sungai Besi dan Balai Bomba Bandar Baru Selayang
Hari Bertemu Pelanggan
Semua Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah mengadakan program ini pada 3 Julai 2010 bagi membincangkan prestasi kanak-kanak kepada ibubapa mereka.
Sambutan Hari Lahir Bulan Mei

Friday, June 18, 2010

JPTP Bersama Pengarah, Timbalan Pengarah, PPD Gombak Semasa Majlis Penyerahan Watikah.

Thursday, June 17, 2010

Ewah-Ewah Sayang Tahun 2009


Wednesday, June 16, 2010

Majlis Sambutan Hari Jadi Pada Bulan Apri 2010.

Monday, June 7, 2010

Sejarah Tabika Perpaduan Taman Tun Teja A

GALERI FOTO