Monday, November 29, 2010

Program Motivasi Bersama Biro Tata Negara.Program Motivasi Bersama Biro Tata Negara ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 12 November hingga 14 November 2010. Program Notivasi yang sangat menarik dan mencabar anjuran bersama JPNIN Daerah Gombak dan Biro Tata Negara Negeri Selangor telah diadakan di Kem Bina Negara Meru, Kelang.Berbagai aktiviti dijalankan seperti aktiviti Kembara Rukun Negara (RN) yang dapat membuka minda peserta terutama dikalangan Guru dan Penolong Guru serta Ahli KRT betapa pentingnya prinsip Rukun Negara dipatuhi. Ceramah yang disampaikan oleh Ketua Fasilitator Encik Aizal Bin Baharuddin telah membuka tirai program tersebut.Seramai 86 peserta telah mengambil bahagian iaitu dikalangan Ahli KRT Daerah Gombak, Penolong Pegawai Perpaduan, Guru dan Penolong Guru serta masyarakat setempat.


No comments:

Post a Comment

GALERI FOTO