Monday, November 29, 2010

Program Motivasi Bersama Biro Tata Negara.Program Motivasi Bersama Biro Tata Negara ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 12 November hingga 14 November 2010. Program Notivasi yang sangat menarik dan mencabar anjuran bersama JPNIN Daerah Gombak dan Biro Tata Negara Negeri Selangor telah diadakan di Kem Bina Negara Meru, Kelang.Berbagai aktiviti dijalankan seperti aktiviti Kembara Rukun Negara (RN) yang dapat membuka minda peserta terutama dikalangan Guru dan Penolong Guru serta Ahli KRT betapa pentingnya prinsip Rukun Negara dipatuhi. Ceramah yang disampaikan oleh Ketua Fasilitator Encik Aizal Bin Baharuddin telah membuka tirai program tersebut.Seramai 86 peserta telah mengambil bahagian iaitu dikalangan Ahli KRT Daerah Gombak, Penolong Pegawai Perpaduan, Guru dan Penolong Guru serta masyarakat setempat.


Jamuan Hari Deepavali Dan Jalinan Mesra 2010.
Jamuan Hari Perpisahan Sesi Persekolahan Bagi Tahun 2010 dan Majlis Hari Deepavali telah diadakan di perkarangan Tabika Perpaduan Taman Tun Teja A pada 11 November yang lalu. Sempena dangan majlis itu kanak-kanak telah diberi sumbangan duit raya Deepavali sebanyak RM 5.00 setiap seorang.Jemputan dikalangan ibubapa yang hadir juga amat memberansangkan.Pihak Tabika mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa dan AJK yang telah memberi kerjasama,sumbangan dan juga telah memberi komitmen yang baik sepanjang ssi persekolahan pada tahun ini.


Thursday, November 4, 2010

Program Hari Intergrasi Murid 1 Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2010 telah diadakan pada 2 November 2010, jam 8.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Rawang (SK Rawang), Rawang,Selangor.Tabika Perpaduan Taman Tun Teja A dan B telah mengambil bahagian dalam persembahan tarian 1 Malaysia.Program tersebut telah di rasmikan oleh Dato' T Murugiah, Menteri di Jabatan perdana Menteri.





Selepas Majlis Penyampaian watikah, kakitangan JPNIN Gombak telah bersama-sama menghadiri majlis perkahwinan Cikgu Siti Khursiah,guru KTP Wira Damai yang telah berlangsung di Bandar Utama, Batang Kali.
Majlis Jamuan Perpaduan dan Penyampaian Sijil Watikah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Daerah Gombak 2010-2011, Anjuran JPNIN Daerah Gombak telah diadakan pada 31 Oktober 2010 jam 8.00 pagi di Dewan MPS Taman Kancing Jaya, Rawang.Majlis telah dirasmikan oleh Encik Pital, wakil dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Selangor.
Hari Bertemu Pelanggan di Tabika Perpaduan Taman Tun Teja A.Gambar menunjukkan seorang ibu yang mengambil kesempatan untuk membayar yuran pada hari tersebut.
Hari Bertemu Pelanggan Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah diadakan disetiap Tabika Perpaduan Daerah Gombak pada 30 Oktober 2010, jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pada hari tersebut ibubapa diberi penerangan mengenai prestasi anak-anak disamping menjalin hubungan silaturrahim dan perpaduan yang lebih erat diantara ibubapa dan guru. Pada hari itu juga kad laporan kemajuan murid telah diberikan kepada ibubapa masing-masing.


GALERI FOTO