Saturday, July 30, 2011

MAJLIS BACAAN YASIN SERTA CERAMAH AGAMA SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK TELAH DIADAKAN PADA 29 JULAI 2011 DI KTP PUNCAK TAMAN SRI GOMBAK.

HARI BERTEMU PELANGGAN.

PENERANGAN MENGENAI KEBAIKAN SUSU YAKULT.

Monday, July 25, 2011

LAPURAN KAWAD KECEMASAN.KELIHATAN KANAK-KANAK BERLARI MENUJU KE PINTU UNTUK MENYELAMATKAN DIRI, GURU MEMASTIKAN TIADA KANAK-KANAK YANG TERTINGGAL DIDALAM KELAS, MANAKALA PENOLONG GURU MEMASTIKAN TONG GAS DIKELUARKAN SEGERA DARI DALAM KELAS.





TEKUNNYA ADIK-ADIK SEDANG MEMBUAT KOLAJ YANG DIHASILKAN DARI KACANG HIJAU DAN KERTAS PEMBALUT HADIAH.





Monday, July 18, 2011

CAPAN MENGGUNAKAN SAYUR-SAYURAN SEPERTI BENDI,KENTANG, LOBAK DAN BAWANG.CANTIKKAN HASIL KREATIVITI ADIK-ADIK.











NAH...POKOK TELAH PUN MEMBESAR DAN NAMPAK TAK,IA KELIHATAN CONDONG KEARAH CAHAYA MATAHARI DISEBALIK TINGKAP ITU..

LIHAT ADIK-ADIK..PADA MINGGU PERTAMA POKOK KITA TELAH MEMBESAR.





PADA HARI PERTAMA BIJI BENIH TELAH PECAH DAN MULA BERTUNAS.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH BIJI KACANG HIJAU, KAPAS DAN KELONGSONG TELUR.SELALULAH SIRAM DENGAN AIR YA ADIK! SEMUA POKOK MEMERLUKAN AIR DAN CAHAYA MATAHARI. MARI KITA LIHAT APA YANG AKAN TERJADI DENGAN POKOK KITA..

PROJEK TANAMAN KACANG HIJAU DALAM KELONGSONG TELOR.

Saturday, July 2, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK BULAN JUN telah diadakan pada 28 Jun 2011.Seramai 3 orang kanak-kanak telah menyambut hari lahir pada bulan ini, iaitu Muhammad Amirul Hafiz, Nur Husnina dan Fatin Nur Syafiqah.Selama Hari Lahir Sayang! semoga cepat besar,cepat pandai baca dan rajin-rajin belajar tau!!..
GEMBIRA BERSAMA MEDAL MASING-MASING.
SUKANEKA DAERAH GOMBAK telah diadakan pada 26 Jun 2011 di Sekolah Integrasi Sungai Pusu, Gombak.











MINGGU PERPADUAN JPNIN Selangor telah diadakan pada 19 Jun 2011 bertempat di Padang Taman Medan Daerah Petaling Jaya. Kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah mengambil bahagian dalam Perlawanan Bola Jaring dan juga Futsal manakala seramai 15 orang Guru dan Penolong Guru telah bertanding dalam Tarian Senam Seni 1 Malaysia.Acara lain adalah seperti perlawanan Tarik Tali, pertandingan Karaoke dan juga pertandingan masakan Nasi Goreng 1 Malaysia.Jiran Wanita KRT Taman Tun Teja juga turut mengambil bahagian.Kami pihak Tabika Tun Teja merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu-ibu yang telah dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program kali ini.

SESI PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN telah bermula pada 1 Jun hingga 31 Oktober 2011. Pendaftaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari setiap hari Isnin hingga Jumaat.Pendaftaran dibuka kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Silalah Mendaftar, berbagai aktiviti akan dijalankan mengikut Takwim yang telah ditetapkan olah JPNIN setiap tahun.





Perlawanan Karom sempena "Hot Sport" JPNIN Selangor bertempat di Pusat Komuniti Daerah Banting yang telah diadakan pada 22 Mei 2011 manakala perlawanan Bola Jaring telah berlangsung pada 15 Mei 2011. Semua Daerah telah menghantar wakil masing-masing. Berbagai permainan telah diadakan seperti Perlawanan Badminton, Ping pong, Futsal dan juga Dart. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim diantara kakitangan JPNIN Selangor disamping itu dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi dikalangan Pegawai,Guru dan juga Penolong Guru.

GALERI FOTO