Saturday, July 2, 2011

MINGGU PERPADUAN JPNIN Selangor telah diadakan pada 19 Jun 2011 bertempat di Padang Taman Medan Daerah Petaling Jaya. Kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah mengambil bahagian dalam Perlawanan Bola Jaring dan juga Futsal manakala seramai 15 orang Guru dan Penolong Guru telah bertanding dalam Tarian Senam Seni 1 Malaysia.Acara lain adalah seperti perlawanan Tarik Tali, pertandingan Karaoke dan juga pertandingan masakan Nasi Goreng 1 Malaysia.Jiran Wanita KRT Taman Tun Teja juga turut mengambil bahagian.Kami pihak Tabika Tun Teja merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu-ibu yang telah dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program kali ini.

SESI PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN telah bermula pada 1 Jun hingga 31 Oktober 2011. Pendaftaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari setiap hari Isnin hingga Jumaat.Pendaftaran dibuka kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Silalah Mendaftar, berbagai aktiviti akan dijalankan mengikut Takwim yang telah ditetapkan olah JPNIN setiap tahun.





Perlawanan Karom sempena "Hot Sport" JPNIN Selangor bertempat di Pusat Komuniti Daerah Banting yang telah diadakan pada 22 Mei 2011 manakala perlawanan Bola Jaring telah berlangsung pada 15 Mei 2011. Semua Daerah telah menghantar wakil masing-masing. Berbagai permainan telah diadakan seperti Perlawanan Badminton, Ping pong, Futsal dan juga Dart. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim diantara kakitangan JPNIN Selangor disamping itu dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi dikalangan Pegawai,Guru dan juga Penolong Guru.

Tuesday, May 31, 2011

PERADUAN MEWARNA SEMPENA PESTA BUKU 2011 Bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam pada 20 Mei 2011. Seramai satu ratus orang kanak-kanak telah mengambil bahagian. Kelas TBK Perpaduan Taman Tun Teja A telah diwakili seramai 26 orang kanak-kanak manakala KTP Taman Tun Teja B seramai 16 orang kanak-kanak.























LAWATAN SAMBIL BELAJAR ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya dan Muzium TUDM Sungai Besi.Murid dan Guru diberi peluang untuk belajar membuat puppet burung,katak,kelawar,arnab dan gajah.Guru dan Penolong Guru KTP Taman Tun Teja amat merasa bertuah kerana dapat mempelajari bagaimana cara membuat puppet yang sangat menarik.





Friday, May 6, 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK BULAN APRIL

GALERI FOTO