Monday, July 18, 2011
Saturday, July 2, 2011
SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK BULAN JUN telah diadakan pada 28 Jun 2011.Seramai 3 orang kanak-kanak telah menyambut hari lahir pada bulan ini, iaitu Muhammad Amirul Hafiz, Nur Husnina dan Fatin Nur Syafiqah.Selama Hari Lahir Sayang! semoga cepat besar,cepat pandai baca dan rajin-rajin belajar tau!!..
MINGGU PERPADUAN JPNIN Selangor telah diadakan pada 19 Jun 2011 bertempat di Padang Taman Medan Daerah Petaling Jaya. Kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah mengambil bahagian dalam Perlawanan Bola Jaring dan juga Futsal manakala seramai 15 orang Guru dan Penolong Guru telah bertanding dalam Tarian Senam Seni 1 Malaysia.Acara lain adalah seperti perlawanan Tarik Tali, pertandingan Karaoke dan juga pertandingan masakan Nasi Goreng 1 Malaysia.Jiran Wanita KRT Taman Tun Teja juga turut mengambil bahagian.Kami pihak Tabika Tun Teja merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu-ibu yang telah dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program kali ini.
SESI PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN telah bermula pada 1 Jun hingga 31 Oktober 2011. Pendaftaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari setiap hari Isnin hingga Jumaat.Pendaftaran dibuka kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Silalah Mendaftar, berbagai aktiviti akan dijalankan mengikut Takwim yang telah ditetapkan olah JPNIN setiap tahun. 
Subscribe to:
Posts (Atom)
